Tuesday 29 November 2011

ADAKAH ANDA TAHU 6666,9999,3333 DALAM AL-QURAN ?

Fasal pada menyatakan berapakah jumlah ayat2 termaktub dlm itu Al-Quran, maka kata Syeikh Ainullah : Ada pun jumlah ayat2 Al-Quran itu tidak terhingga banyaknya, nggak ada manusia yg bisa menghitong jumlah sebenarnya melaenkan hanya Allah jua Yg Maha Mengetahui. Akan tetapi cara pandangan dan perkiraan berapakah jumlah ayat yg termaktub dlm Kitab Suci Al-Quran itu berbeda2 pendapat mengikut fahaman dan kajian masing2. Semua pendapat itu adalah benar belaka. Fahaman Ulamak Fekah itu pun benar, fahaman Ahli Hakeqat itu pun juga benar, comaan berbedaan dari sudut memandangnya aja.
Maka jumlah ayat2 dlm itu Al-Quran bisa dibilang 6,666 ato kurang dari 6,666. Pasal itu angka 6,666 dibilang oleh pihak barat sebagai “The Devil Number”, perkara itu nggak perlu kita bimbang, kerana angka 6,666 itu ada maknanya yg laen yg tersendiri. Bagi sesetengah Ahli Hakeqat ato Ahli Hurufiah, tanda2 noktah ato huruf-huruf pada kod-kod pembuka sesuatu ayat itu, koq juga bisa dianggap merupakan ayat2 juga. Maka jadilah perbedaan pandangan jumlah ayat2 dlm itu Al-Quran berbeda2. Ada yg berdasarkan perkiraan mereka itu secara objektif dan ada juga pandangan mereka itu secara subjektif. Apakah ketulenan dan kesucian Kitabul Mubin Al-Quran itu samada maseh tetap terpelihara ato tidak, terpulanglah pada kita untuk menghayati dan meng”hidup”kannya.
Kata Syeikh Ainullah lagi yg berguru dgn Nur Quran : Ada pun bilangan ayatnya “Yg Tersurat” itu adalah sebanyak 6,666. Bilangan ayatnya “Yang Tersirat” itu adalah sebanyak 9,999. Bilangan ayatnya “Yang Tersembunyi” itu pula sebanyak 3,333. Apakah maksudnya kata beliau itu kami kurang periksa. Cumaan katanya lagi, kamu itulah yg perlu meng”hidup”kan itu Al-Quran kerana kamu itulah sebenar2nya itu “Al-Quran”. Maka kamu itulah dinamakan “Al-Quran Yg Berjalan”. Wallahu’alam….
Berkata pula Sang Raja Wali : Manusia udah ramai yg nggak beriman dan meng”hidup”kan itu Al-Quran. Apalagi diketika Akhir Zaman ini, manusia telah ramai tidak menghayati agamanya yakni Ruh Islam itu. Manusia telah ramai karam tenggelam ditelan Fitnah Akhir Zaman. Maka sebab itu “Ruh Al-Quran” itu telah diangkat oleh Imam Mahdi kelangit. Cumaan kitab pakaian Imam Mahdi itu adalah “Kitab Hakeqat Muhammad”. Apakah itu “Kitab Hakeqat Muhamad”..?? Wallahu’alam… Cumaan katanya itulah dianya “Kitab Asal” lagi asli tulisan atas kulit unta, warisan ilmu Muhammad SAW, hanya kepada Nasabnya Ahlul Bait Pilihan – Imam Mahdi. Kitab yg menjadi perebutan diAlam Kewalian itu, akhirnya ditangan Imam Mahdi sebagai peneraju Kebangkitan Islam DiAkhir Zaman. Amin…. Wallahu’alam….
Kepada semua kami mohon ampon dan maap, koq apa yg kami paparkan itu keluar dari tajuk thread asal, lagi ianya nggak masuk akal, koq bisa jadi ribotan aja. Oleh itu anggaplah apa yg kami paparkan itu sebagai bacaan penglipur lara aja. Koq bersalahan abaikan aja. Sekali lagi mohon diampon….
….. MUQADDAM DAN AL-QURAN …..
Maka bersalah-salahan pendapat menilaikan berapakah jumlah ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran itu, maka jawapannya berbeda-beda mengikut keariffan seseorang itu. Semua jawapannya adalah benar belaka. Cuma Yang Maha Benar hanyalah Allah.
Kata Al-Marhum Syeikh Ainullah : Maka begitu juga dalam kita memahami pengertian ayat-ayatnya itu kerana Al-Quran itu ada beberapa tafsirannya. Ada orang menggunakan tafsiran Quran Al-Karim, atau tafsiran Quran Al-Azim, atau sebagainya. Begitu juga persoalan berapakah jumlah huruf dalam kalimah “Bismillah…” itu? Maka ada yang kata 19 huruf, ada yang kata 20 huruf, ada yang jawab 21 huruf, ada 22 huruf dan sebagainya.
Begitu juga dalam menilai jumlah nilai angka-angka dalam “Bismillah….” itu. Maka puak Mamak menilaikan ianya berjumlah 786, maka sebab itu Mamak-Mamak sangat favourite angka 786 itu. Sesetengah menilaikan jumlahnya 790, setengah menilaikannya 797, dan begitulah seterusnya. Maka jawapannya kepada beberapa perkara itu berbeda-beda. Jika zaman dulu fasal berbedaan pendapat samada Al-Quran itu Qadim atau Mahdas saja manusia telah berbalah. Hinggakan ada yang kena hukum dengan kekerasan. Wallahu’alam….
Dan lagi katanya : Ada pun kandungan kitab Al-Quran itu intisarinya adalah perhimpunan kitab-kitab dan suhuf-suhuf kepada para Nabi yang silam itu. Maka berhimpunnya kitab-kitab Zabur, Taurat, Injil dan suhuf-suhuf itu maka bernamalah ianya itu Al-Quran. Maka berhimpunnya Al-Quran itu dalam Al-Fatehah. Maka berhimpunnya Al-Fatehah itu dalam Bismillah…, dan seterusnya. Maka sebab itu ada yang berpendapat “Bismillah…” dan “Al-Fatehah” itu adalah surah teruntuk khas bagi Muhammad SAW, kerana ianya merupakan “Master Code” bagi terwujudnya itu Al-Quran…
Kata Sang Raja Wali itu pula : Ada pun kitab khas bagi Nabi Muhammad SAW itulah kitab Muqaddam atau disebut Juz Amma. Maka tatakala “44 hari” Nabi SAW berkhaluat diGua Hiraq itu, maka wahyu pertama yang diturunkan itulah ayat : “Ikraq…” Maka susulannya tersirat dalam surah-surah lain dalam Muqaddam itu, yang sepatutnya juga “44 surah”. Tetapi kenapa yang ada cuma 37/(38?) surah sahaja. Kemana menghilangnya yang lagi 7/(6?) surah itu? Cubalah direnungkan….
Wallahu’alam….

AMBIL PERHATIAN KEPADA SEMUA

                                       







assalammualaikum dan selamat datang ke wall sebenar MELAYU BESATU..

MISI/VISI MELAYU BESATU

1. MEGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESAMA KITE 
2. MENYATUKN    PADUKAN ORANG2 MELAYU DARI SEMUA NEGERI
    DIMALAYSIA
3. MEMBANTU GOLONGAN2 MISKIN DAN ANAK-YATIM
4. MENBANTERAS GEJALA-GEJALA SOSIAL DIKALANGAN ANAK2 MELAYU
5. MEYUNBANG KEARAH EKONAMI DALAM APA JUA BIDANG...,...
:-harap maklum pada smua ahli2 supaya KITE yang berdaftar ini sama2
   dapat mejayakan matlamat kite ini...jika kite daftar sekadar untuk
   memenuhi ruangan di FB  kite,itu hanyalah fantastik dunia,
   mari lah kite sama2 berjuang kearah realiti menjaya kan MB ini..
   bukan untuk kepentingan kite tapi kepentingan semua umat islam,
   ayuh kite kecapi 5 tujuan kite berada disini....

  1 aliran 1 perjuangan
          5 tujuan
         \\\151///
         o.o.o.o.o.o.o
BESATU TAAT SETIA COGAN KATA KAMI,
MERAH PUTIH HITAM WARNA KAMI,
7 PETALA LANGIT 7 PETALA BUMI MENJADI SAKSI,
RAJA ADIL RAJA KU SEMBAH,
RAJA ZALIM RAJA KU BUNUH,
HARIMAU DIKANANKU,NAGA DIKIRIKU,
ANDAI KATA KAMI GUGUR DIMEDAN PERANG,
AMBIL LAH NAGA KU DAN SEMADIKAN LAH
AKU BESAMA HARIMAU KU...,...
         o.o.o.o.o.o.o
huraian logo MB
merah: usurnya api @ darah(malaikat jibril)
             simbol kekuatan,keberanian,
 putih: air@ air mani(malaikat mikail)simbol pendamai
            dan kesucian
hitam: tanah @ daging(malaikat israfil)
           simbol kegelapan,dimana kite dilahirkan
           didalam dunia gelap didalam perut ibu
kesimpulan:
-: ketiga2 warna ini adalah khidupan manusia
  simbul daun padi dilogo MB adalah kite sbagai orang
  melayu yang sejati,beras yang kite makan akan mjadi darah
  didalam diri kite,darah seorang pejuang islam yang sentiasa BESATU,

*simbol tangan adalah simbol kite kite smua meyahut
  cabaran MELAYU BESATU........
*simbol tujuh titik adalah campuran kepada
  1+5+1=7 MATLAMAT...,...

SEKIAN DAHULU PEKENALAN MELAYU BESATU
PADA KELUARAKU SEMUA,MOGA KITE SAMA2
MEMAIN KAN PERANAN MASING2 DALAM SEBUAH
KELUARGA KECIL KITE BESATU UNTUK BESARKAN KELUARGA
KITE INSYAALLAH.........


               
mana yang belum baca ttg MB sila baca sebelum mengenal KAMI LEBIH DEKAT.

Monday 28 November 2011

24.12.2011 - PERJUMPAAN FAMILY MELAYU BESATU PERINGKAT PERTAMA SATU MALAYSIA




  • Saturday, December 24, 2011 at 2:30pm until Sunday, December 25, 2011 at 12:00pm

  • MAHKOTA HOTEL APARTMENT No. G-5, Jalan PM 18, Plaza Mahkota,

  • aturcara:

    1430-1630pm - pendaftaran kehadiran ahli/bilik hotel

    1700-1830pm - minum petang besama-sama ahli sambil besuai kenal

    2000pm - makan malam besama keluarga dan terus memulakan
    perbincangan...
    INI YANG KITE PLAN..MUKIN ADA PERUBAHAN....

    P/s: perbincangan juga boleh dihadiri oleh keluarga2 kite seperti
    isteri/suami/anak2..




Friday 4 November 2011

Apa Sudah Jadi??

Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!

persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT
tolong sebarkan kepada yang cintakan AGAMA ALLAH

(Agama Islam)....
gambar Lina Joy ( belakang sekali ) & Para peguamnya ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...

Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila
berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??
Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.
Bukan takut nak beranak, tapi takut
ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan
membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang
terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan
signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt
kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga
minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar
kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni
dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan
IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung
dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia.
Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan
mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun
- Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh
dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat
anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,
tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak
jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah
digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum
identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa
minta di'tiada'kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia
tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,
mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,
begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah
ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat
hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -
mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni
bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama
kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah
nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah
syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,
sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya
dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak
penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang
ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga
ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible
dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di
Malaysia? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium
Muslim

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana
sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM
dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya
dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat
Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded
langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',
katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,
maka inilah hadiahnya!'...
Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar,
macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------------------------
-------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar
berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja
mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak
yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil
daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa
nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak
cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah
Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi
sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum
selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir
al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

Allahua`ala `alam.
27 SEPTEMBER 2007

**SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DIWAJIBKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM
LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT
TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM.

ALHAMDULILLAH

assalammualaikum...alhamdulilah bagi keahlian rangkaian Melayu Besatu ini sambutan amat memuaskan dan ahli2 semakin bertambah,ini membuktikan ramai dikalangan anak2 muda melayu sebenarnya suka kn silaturahim terjalin daripada pepecahan dan permusuhan sesama sendiri..insyaallah selepas ini melayu besatu ini ada berbincang dengan pertubuhan2 lain bagi kita megembangkan dan membesarkan lagi kumpulan orang2 melayu supaya menjadi lebih gah dan gergasi,

Thursday 3 November 2011

BANTAHAN SEKERAS-KERASNYA DARI RANGKAIAN MELAYU BESATU

 

KAMI DARI RANGKAIAN MELAYU BESATU 151 SEBULAT SUARA MEBANTAH TINDAKAN Dajjal bernama Ambiga  INI YANG SEMAKIN BERANI MECABAR NEGARA ISLAM KAMI
                                               
CUBA MEROSAKAN MINDA ANAK2 MUDA MELAYU KITE DENGAN MENGANJURKAN FESTIVAL SEKSUSLITI
YANG AKAN BERLANSUNG PADA  9.11.2011 INI.

  KAMI JUGA MEMOHON KEPADA JAWI SUPAYA MENGAMBIL TINDAKAN MAHKAMAH, "deklarasi dan injunksi" terhadap penganjur festival Seksualiti Merdeka, dan JAWI perlu menghalang Pelancaran Festival tersebut, 


KAMI TIDAK AKAN MEMBIARKAN TANAH AIR KAMI DICEMARI DENGAN PEKARA2 MUNGKAR
NEGARA KAMI NEGARA ISLAM...ALLAHUAKBAR!!!!!!

 
(melayu islam Bersatu)
          ( 1 5 1)

Tuesday 1 November 2011

 http://www.HerbalWay.biz/suhaimi

Fahami Maksud Perjuangan

Apa itu perjuangan Jihad Fisabilillah?.

Abuya Sheikh Imam Ashaari Muhammad at-Tamimi, dalam bukunya bertajuk AQIDAH MUKMIN I telah mentakrifkan erti perjuangan jihad fisabilillah (dalam waktu aman) adalah sebagaimana berikut:-

Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah.

(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.
Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.
Sila rujuk ‘5 Syarat-Syarat Ibadah’ untuk lebih maklum).

Perjuangan yang dibangunkan itu pula tidak boleh atas dasar hendak berkuasa dan memerintah, atas dasar hendakkan pangkat dan nama, atas dasar hendak menegakkan bangsa, atas dasar hendak menghapuskan kezaliman (walaupun disuruh) dan lain-lain.

Kalau kita berjuang dan berjihad atas salah satu daripada maksud di atas, perjuangan kita itu sia-sia sahaja. Belum lagi digolong sebagai jihad fisabilillah.

Kalau kita berjuang atas dasar kebangsaan sahaja, Rasulullah SAW ada mengingatkan kita di dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Tidak ada fahaman kebangsaan di dalam ajaran Islam”.

Fahaman kebangsaan adalah fahaman yang sempit yang akan mengajak manusia bergaduh, kerana masing-masing ada bangsa. Perjuangan demikian hanya akan mencetuskan puak-puak.

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Bukan daripada golongan kami, orang yang berjuang kerana kebangsaan”.

Sebenarnya, kalau kita berjuang kerana menegakkan agama, bangsa akan terbela dengan sendirinya. Tetapi kalau kita berjuang membangunkan bangsa, agama akan dicuaikan. Hingga kerana itu, bangsa belum tentu dapat dibangunkan, agama sudah hancur berkecai. Kemungkinan besar fahaman kebangsaan dalam perjuangan itu akan mengambil-alih fahaman berjihad kerana agama.

Begitu jugalah dengan perjuangan menegakkan agama melalui konsep kapitalisme, sosialisme, sistem demokrasi terbuka@berpilihanraya dan sebagainya. Semuanya merupakan perjuangan yang tidak tepat untuk dinilai sebagai fisabilillah.

Inilah yang perlu kita awasi. Walaupun dalam berjuang itu, macam api keluarnya ayat-ayat Al Quran dan Hadis, tetapi kerana perjuangan tidak tepat, orang yang berjuang begini bolehlah kita katakan sebagai telah memperalatkan Al Quran dan Hadis untuk mencapai matlamatnya. Dan bagi kita pula, tidak seharusnya terpengaruh dengan perjuangan sedemikian. Ia bukan digolongkan sebagai jihad fisabilillah!.

Jihad fisabilillah yang sebenarnya adalah jihad yang setiap inci perjuangan tepat dengan kehendak ALLAH, yakni kehendak Al Quran dan Sunnah.

AL Quran dan Sunnah itu mesti dilaksanakan pada semua peringkat. Bukan pada negara sahaja tetapi juga di dalam diri sendiri, di dalam rumahtangga, di dalam masyarakat, di dalam pendidikan, di dalam ekonomi, di dalam politik, dan seterusnyalah hingga kepada persoalan alam sejagat.

Kemudian perlaksanaannya juga mesti betul hingga syariat lahir dan batin dijaga betul-betul. Kalau semuanya tepat mengikut kehendak Al Quran dan Sunnah, itulah yang dinamakan jihad fisabilillah, dan sekiranya orang yang berjuang itu mati dibunuh atau terbunuh, insya-Allah nilainya adalah sebagai syuhada ALLAH. Baharulah jisimnya dikekalkan oleh ALLAH SWT.

Malangnya, ada di kalangan pejuang-pejuang Islam pada akhir zaman ini, semacam beria-ria benar berjuang hendak menegakkan agama ALLAH dalam negara tetapi diri sendiri dicuaikan, anak isteri masih mendedah aurat, dia terlibat dengan maksiat dan mungkar. Pejuang-pejuang begini telah mempersempitkan persoalan agama kepada aspek negara sahaja.

Sedangkan Islam itu bukan untuk negara sahaja tetapi untuk semua aspek dan semua bidang. Dan semua bidang itu mesti diperjuangkan samada mengenai aqidah, ibadah, perjuangan dan jihad, ekonomi, pendidikan, rumah tangga, politik dan seterusnya hingga kepada persoalan negara dan hubungan alam sejagat.

Kemudian yang diperjuangkan itu pula mestilah bermula daripada alif, ba, ta (dari peringkat rendah, yakni bina iman dahulu), bukan terus melompat hingga ke hujung.

Demikianlah kata-kata Ustaz Ashaari Muhammad, yang saya kira amat jelas dan terang sekali akan maksud ‘Jihad Fisabilillah’. Tidak ramai ulama yang boleh memperkatakan hal demikian, lebih-lebih lagi sekarang ini ramai yang sudah tidak berkecuali. Sudah berpihak kepada parti-parti politik tertentu. Samada terikut-ikut dengan kumpulan ramai, iman tidak teguh atau tidak ada ilmu/minda yang relevan dengan zaman muktahir ini.

Itu baharu kita memperkatakan akan pengertian jihad fisabilillah.

Belum lagi kita membicarakan tentang tujuan perjuangan itu sendiri!.

Sebab orang zaman sekarang sudah tidak faham lagi akan maksud mereka berjuang. Mereka cenderung mengikut akal-akalan dan nafsu mereka semata.

Sebab apabila iman sudah tidak ada/tipis, nafsu sudah menguasai hati, akal sudah tidak berfungsi untuk berfikir dengan sempurna. Maka berlakulah kemungkaran kerana, “Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.


Di sini suka saya mengutip sebuah madah bertajuk ‘Tujuan Berjuang’ dari Majalah ‘Alim untuk renungan bersama.

TUJUAN BERJUANG

Tujuan berjuang kerana hendak mengenalkan Tuhan Pencipta alam
Agar disanjung, dicintai, disembah dan dijadikan idola
Selepas itu hendak kenalkan syariat-Nya untuk keselamatan manusia
Agar manusia hidup bersatu, bekerjasama, harmoni dan bahagia
Berjuang bukan kerana ekonomi, membangun dan berkemajuan
Ia merupakan sampingan sahaja, kalau boleh dijadikan untuk Tuhan
Berjuang mengajak manusia membesarkan Akhirat
Mengingatkan manusia, Akhirat tempat akhir buat insan
Di sana tempat kekal abadi
Sama ada di Syurga mahupun di Neraka
Itulah tugas-tugas para daie, mubaligh-mubaligh dan ulama
Mengajak manusia menyembah Tuhan
Jalan dan caranya itulah syariat-Nya
Jangan membesarkan Tuhan atau menyembah-Nya dengan cara yang kita reka-reka
Sekalipun yakin betul tapi tersesat jalannya
Ingin kepada Tuhan jalannya telah dinyatakan dan dijelaskan
Kalau jalannya mengikut cara sendiri tidak sampai kepada-Nya
Hari ini dakwah dan ceramah merata negara
Mercup tumbuhnya macam cendawan tumbuh di musim hujan
Tapi isinya politik dan unsur-unsur yang membawa pergaduhan
Tuhan tidak dikenalkan, jauh sekali untuk disanjung dan dibesarkan
Ini bukan pendakwah tapi pendakyah
Ia bukan fisabillah
Tapi jalan yang sudah tersalah
Ini bukan hendak menari redha Allah
Tapi mencari bala dan dosa serta Neraka.

PERHATIAN...

assalammualaikum......

alhamdulilah semakin hari semakin bertambah keahli keluarga kite,moga akan datang makin ramai lagilah anak2 muda yang ingin megikuti MB ini,,
mungkin ramai tertanya2 megapa kite masih belum dapat melaksanakan matlamat2 kite sekarang,untuk pengetahuan semua kite akan melaksanakan
visi/misi kite selepas kite membuat 1 perjumpaan yang wajib dihadiri oleh semua ahli,disitu lah kite akan mulakan langkah demi langkah kite,kerana disitu jugalah 1 matlamat kite akan kite kecapi iaitu megeratkan silatulrahim degan semua ahli...
harap maklum juga MB masih lagi tidak dapat melantik wakil2 negeri yang benar2 komited tentang rangkaian in,,bukan lah bermasud untuk wakil2 terpaksa megadap PC 24jam demi MB,hanya sekadar dapat membantu wakil2 yang lain 
dari segi yuran,stiker dan lain2 untuk berurusan sesame ahli dinegeri masing2...
jika ada suka relawan yang benar2 tahu dan faham matlamat dan perjuangan MB ni sila tampil...jgn malu yg penting ikhlas....
oleh yang demi kian pihak pegurusan MB memutus kan untuk membahagi2 kan ahli kepada berapa wakil2 yang ada...mungkin setiap wakil dibahagi kepada 10orang ahli,dan minta jasa baik ahli juga bagikan kerjasama kepada wakil2 dalam hal2 pegurusan MB contoh yuran,info terbaru...ahli boleh rujuk pada wakil2 yang diberikn..apa yang kite harapkan ahli sentiasa berhubung dengan wakil2 anda jika ada sebarang masalah berilah tahu wakil2 anda supaya wakil2 anda dapat mebentangkn masalah ahli dipihak pegurusan...
moga kite sama2 dapat menjayakan MB ini...amin.........

disahkan oleh:semua wakil2 negeri dan penaung MB

UKHUWAH

UKHUWAH.
Ta’rif Ukhuwah.
Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna telah mentakrifkan ukhuwah:
“Yang saya maksudkan dengan ukhuwah ialah hati dan jiwa yang terikat dengan ikatan aqidah.”
Ukhuwah ialah hati atau jiwa yang terikat. Ia diikat oleh Tauhidullah dan bukan dengan ikatan yang lain. Tauhid kepada Allah Subhanahuwata’ala merupakan ikatan yang paling kukuh. Dengan ukhuwah seseorang itu akan merasai bahagia bersama-sama dengan saudaranya.
Perpecahan pula adalah saudara kepada kekufuran.
Darajat Ukhuwah.
Ukhuwah lahir daripada kekuatan kasih sayang. Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah salamatus sadri. Dengan salamatus sadri, tidak ada di dalam hati seseorang sebarang halangan dengan saudaranya. Ini kerana telah wujud saling percaya mempercayai antara mereka.
Manakala drajat kasih sayang yang paling tinggi ialah “al-ithar’, iaitu mengutamakan saudaranya lebih daripada diri sendiri.
Dalil Ukhuwah.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
Yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu semua dengan tali Allah (Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai, serta ingatlah nikmat Allah suatu ketika dahulu (ketika Jahiliyyah) kamu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan antara hati-hati kamu, lalu jadilah kamu dengan nikmat Allah tersebut orang-orang yang bersaudara. Dan ketika kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya agar kamu mendapat petunjuk.” “Dan hendaklah terdapat di kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah daripada munkar. Merekalah orang-orang yang beruntung.”(Ali ‘Imran: 103-104.)


Asy-Syahid Sayyid Qutb di dalam mentafsirkan Surah Ali ‘Imran, ayat 103-104 di atas menyatakan bahawa tunggak bagi sesebuah Ummah Islamiyyah ialah:
1.    Al-I’tisam Bi Hablillahi - berpegang teguh dengan tali (din) Allah Subhanahuwata’ala
2.    La Tafarraqu - Jangan berpecah belah
Sebab penurunan ayat tersebut di atas berkaitan dengan kisah golongan Yahudi Madinah yang cemburu terhadap ukhuwah di kalangan umat Islam ketika itu. Persaudaraan umat Islam  yang lahir di antara Bani ‘Aus dan Bani Khazraj serta persaudaraan yang lahir di antara Golongan Muhajirin dan Golongan Ansar adalah amat unik. Lalu orang-orang Yahudi menghasut umat Islam (bangsa Arab) agar mereka kembali berpecah seperti ketika dalam jahiliyyah dahulu. Mereka mengungkit kisah Peperangan Bu’ath, peperangan antara Bani ‘Aus dan Bani Khazraj yang berlaku sebelum mereka menerima Islam. Akibat daripada hasutan itu mereka hampir-hampir berperang semula atas dasar perkauman. Dengan peristiwa tersebut maka Allah Subhanahuwata’ala menurunkan ayat di atas. Maka mereka kembali sedar dan kembali berpegang dengan din Islam.
Ukhuwah Adalah Anugerah Allah Subhanahuwata’ala
Ukhuwah adalah anugerah Allah Subhanahuwata’ala kepada orang-orang yang beriman. Allah  Subhanahuwata’ala menanam di dalam hati-hati mereka sifat tersebut. Ia bukanlah ciptaan manusia. Ia bukan juga hasil daripada mana-mana ideologi atau pertubuhan duniawi. Ia adalah kurniaan Allah Subhanahuwata’ala ke atas hati-hati yang memiliki iman.
Realiti Ukhuwah Masa Kini
Umat Islam ramai, tetapi di kalangan mereka tidak terdapat ikatan aqidah. Banyak di kalangan umat Islam bersifat individualistik atau mementingkan diri sendiri. Ukhuwah Islamiyyah sudah nipis kerana jiwa diselaputi karat-karat jahiliyyah. Bahkan, dikalangan umat Islam sendiri sering berlaku pertelagahan lantaran lunturnya ukhuwah Islamiyyah.Kita hendaklah mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam realiti sedemikian.
Mewujudkan Rangsangan Ukhuwah
Ukhuwah tidak memadai untuk diperkatakan sahaja di  dalam pelbagai program. Ukhuwah perlulah lahir atau dilahirkan dalam realiti kehidupan seharian. Ta’aruf adalah proses yang boleh menyuburkan ukhuwah. Justeru itu kita hendaklah memperbanyak program informal yang dapat mempertingkatkan ta’aruf.
Nasihat-menasihati pula merupakan suatu tuntutan ukhuwah atau persaudaraan. Seseorang mu’min itu adalah cermin kepada saudaranya. Nasihat yang diberikan dalam suasana ukhuwah merupakan bukti percintaan antara mu’min.
Panduan Memelihara Ukhuwah Berdasar Ayat-ayat Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
1.    Surah Al-Hujurat: Ayat 6.
Firman Allah Subhanahuwata’ala Yang bermaksud:
”Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
“At-Tabayyun” dalam ayat di atas bererti carilah penjelasan. Asy-Syahid Sayyid Qutb menjelaskan bahawa seseorang mu’min itu hendaklah mencari penjelasan atau kebenaran terhadap maklumat yang dibawa kepadanya oleh orang-orang yang fasiq.
2.    Surah Al-Hujurat: Ayat 11.
Firman Allah Subhanahuwata’ala Yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan itu) lebih baik daripada mereka (yang memperolok-olokkan) dan janganlah pula wanita-wanita (memperolok-olokkan) wanita-wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan)  lebih baik daripada wanita (yang memperolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela diri kamu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”.
“La Yaskhar” dalam ayat di atas bererti janganlah memperolok-olokkan. Memperolok-olokkan saudara mu’min yang lain merupakan perbuatan yang boleh mengeruhkankan perhubungan antara mu’min.
“La Talmizu Anfusakum” dalam ayat di atas bererti janganlah mencela diri sendiri. Bermaksud tidak boleh mencela saudara tanpa sebab. Mencela saudara tanpa sebab bererti mencela diri sendiri.
“La Tanabazu Bil Alqab” pula bererti janganlah memanggil dengan gelaran buruk. Tinggalkanlah gelaran-gelaran yang buruk. Tinggalkanlah perkatan cela, keji dan sebagainya yang tidak disukai oleh saudara.
3.    Surah Al-Hujurat: Ayat 12.
Firman Allah Subhanahuwata’ala Yang bermaksud:
“Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka sudah tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
“Ijtanibu Kathiran Minaz Zann” dalam ayat di atas bererti hendaklah menjauhi kebanyakkan daripada prasangka. Sebahagian daripada prasangka itu membawa kepada dosa. Perlunya berhati-hati terhadap prasangka kerana adalah sukar untuk membezakan antara prasangka yang betul atau yang salah, kecualilah terdapat bukti yang jelas.
“La Tajassasu” bererti janganlah mencari-cari kesalahan. Yakni, mencari kesalahan orang lain dengan cara mengintip dan membongkarkan kesalahan tersebut. Sebaliknya tutuplah ia, bukan membiar atau mendedahkannya. Allah Subhanahuwata’ala kasih kepada hambanya yang menutup kesalahan saudaranya. Berilah peluang untuk saudaranya bertaubat. Janganlah hanya dengan satu kesalahan akan menghapuskan seribu kebaikan yang dia lakukan. Badiuz Zaman Sa’id An-Nursi mengatakan bahawa janganlah kamu membakar rumah yang terdapat di dalamnya sepuluh orang hanya kerana seorang daripadanya jahat, sedangkan  sembilan daripadanya baik.
“La Yaghtab Ba’dhukum Ba’dha” janganlah mengumpat sebahagian terhadap sebahagian yang lain. Dengan mengumpat terdapat dua kemungkinan. Kemungkinannya umpatan benar atau tidak benar. Jika benar ia dinamakan sebagai Ghibah atau jika tidak benar ia namakan sebagai Fitnah.

ADAB - ADAB PERSAHABATAN

1.    Mencintai sahabat kerana Allah Subhanahuwata’ala:
Satu daripada sifat-sifat muslim yang benar ialah cinta kepada saudara atau sahabatnya dengan cinta ikhlas yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
Firman Allah Subhanahuwata’ala:
“Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara”.(Al Hujurat:10)
Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:
“Tiga perkara siapa yang ada padanya, dia menikmati kemanisan iman. Adalah Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang selain keduanya. Dan dia mencintai seseorang atau tidaklah dia mencintainya melainkan kerana Allah semata-mata. Dan dia benci untuk kembali kufur setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam neraka.”(Muttafaq ’alaih).
2.    Mengucapkan salam apabila bertemu.
Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam tentang Islam, manakah yang baik?,
Baginda menjawab:
“Engkau memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang samada yang sudah engkau kenal mahupun belum engkau kenal.”
Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam lagi:
“Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum kamu saling cinta-mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu kerjakan, nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? - Sebarkanlah salam di kalangan kamu.”(Riwayat Muslim).
3.    Menjenguk sahabat ketika sakit.
Al Bukhari meriwayatkan daripada Abu Musa Al-Asy’ari bahawa Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermafhum):
“Jenguklah orang yang sakit, beri makanlah orang yang lapar dan lepaskanlah orang yang dipenjara.”
4.    Mendoakan sahabat ketika dia bersin.
Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda (yang bermafhum):
“Apabila salah seorang di antara kamu bersin, hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), dan saudaranya atau temannya hendaklah mengucapkan untuknya, ‘Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu).’ Apabila dia mengatakan ‘Yarhamukallah (semoga Allah mengasihimu) kepadanya, maka hendaklah ia mengucapkan (kembali) ‘Yahdikumullah wa yushilihu balakum (semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu dan memperbaiki keadaanmu)”
5.    Menziarahi sahabat di jalan Allah.
Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam telah bersabda (yang bermafhum):

“Barang siapa menjenguk orang sakit atau berziarah kepada seseorang saudara di jalan Allah, maka dia akan diseru oleh seorang penyeru, ‘Hendaklah engkau berbuat baik dan baiklah perjalananmu, engkau akan menempati suatu tempat di syurga.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi).
Muslim juga meriwayatkan daripada Nabi Salallahu’alaihiwasallam (yang bermafhum):
Bahawa seorang lelaki menziarahi saudaranya di jalan Allah di desa lain. Kemudian di tengah perjalanan, Allah mempertemukannya dengan seorang raja. Ketika dia sampai kepadanya, dia ditanya, “Mahu ke mana engkau?”. Dia menjawab, “Aku mahu pergi menziarahi seorang saudaraku di desa ini”. Raja berkata, “Apakah engkau mempunyai suatu hikmah (harta) yang diurus olehnya?” Dia berkata, “Tidak, hanya saja aku ini mencintainya di jalan Allah Ta’ala”. Raja berkata, “Sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah yang diutus kepadamu untuk menerangkan bahawa Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintainya di jalanNya.”
6.    Menolong sahabat ketika kesempitan.
Muslim yang benar bersifat pemurah. Tangannya sentiasa terbuka untuk sahabat-sahabatnya. Sifat mulia ini telah berakar umbi dalam jiwa para sahabat Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam. Ia menjadi amal soleh yang dicintai mereka. Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anh bahawa Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermafhum:
“Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang muslim yang lain. Ia tidak boleh berbuat zalim kepadanya dan tidak boleh menyia-nyiakannya (membiarkan atau tidak menolongnya). Barang siapa menolong keperluan saudaranya, maka Allah akan menolong keperluannya. Barang siapa menyingkirkan suatu kesusahan daripada seorang muslim, nescaya Allah akan menyingkirkannya daripada suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan hari kiamat. Dan barang siapa menutupi (‘aib) seorang muslim, nescaya Allah akan menutupinya pada hari kiamat.”
7.    Memenuhi jemputan sahabat.
Asy-Syaikhani meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda :
“Hak seorang muslim terhadap seorang muslim yang lain ada lima: Menjawab salam, menjenguk orang sakit, mengiringi jenazah, memenuhi jemputan (atau undangan) dan mendoakan orang yang bersin.”
8.    Memberikan ucapan selamat dalam beberapa kesempatan.
Ad-Dailani meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anh:
“Barangsiapa bertemu dengan saudaranya ketika bubar daripada solat jum’ah, maka hendaklah dia mengucapkan ‘Semoga Allah memperkenankan doa kita dan doamu.”
Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermafhum:
“Tahukah kamu apakah hak tetangga (termasuk sahabat)? Iaitu apabila dia meminta pertolongan daripadamu, maka kamu menolongnya, apabila dia meminta pinjaman daripadamu, maka kamu memberikan pinjaman, apabila dia mendapat kebaikan, maka kamu mengucapkan selamat kepadanya dan apabila dia mendapat suatu musibah, maka kamu hiburkannya.”
9.    Saling memberi hadiah dalam beberapa kesempatan.
Ath-Thabrani meriwayatkan dalam Al-Ausath daripada Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bahawa baginda bersabda yang bermafhum:
“Saling memberilah hadiah di kalangan kamu, nescaya kamu akan saling mencintai”.
Dan Imam Malik dalam Al-Muwata’ meriwayatkan yang bermafhum:
“Saling bermaaf-maaflah di kalangan kamu, nescaya kedengkian akan hilang. Dan saling memberilah hadiah di kalangan kamu, nescaya kamu akan saling mencintai dan akan hilang permusuhan”.
Seorang sahabat berhak mendapat kasih sayang, perhatian, penghormatan, pertolongan dan kemuliaan akhlak daripada orang yang dekat dengannya. Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam telah memberikan contoh yang baik kepada umatnya dalam berlemah lembut kepada para sahabat.
10.    Tidak memutuskan hubungan dengan sahabat-sahabat dan tidak membelakangi mereka.


Muslim yang benar dan menyedari ajaran din akan menyeru manusia lain kepada perhubungan dan kasih sayang. Bahkan dia mengharamkan pergaduhan, pemutusan hubungan dan sebarang pemulauan. Abu Hurairah telah mendengar Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda:
“Tidak halal bagi lelaki memulau seorang mukmin lebih dari tiga hari. Maka sekiranya telah berlalu tiga hari, maka hendaklah dia menemuinya dan mengucapkan salam kepadanya (memulakan perdamaian). Jika saudaranya itu membalas salamnya, maka keduanya berkongsi mendapat pahala. Dan jika dia tidak mahu membalas salamnya, maka muslim tadi telah terlepas daripada dosa pemulauan itu.”
Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:
“Jagalah diri kamu daripada sangkaan, kerana sesungguhnya sangkaan itu adalah paling dusta dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan. Janganlah kamu intip-mengintip, janganlah berlumba-lumba mengatasi saudaramu dan janganlah berdengki-dengkian, benci-membenci dan janganlah kamu pulau-memulau. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
11.    Bertolak ansur dan memaafkan sahabat.
Muslim yang benar dapat menahan kemarahannya. Bahkan dia sangat bersedia untuk memaafkannya. Dia akan memejamkan mata terhadap kesilapan sahabatnya dan tidak merasa hina atau malu untuk memaafkan saudaranya.
Firman Allah:
“Dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan”.(Ali ‘Imran : 134).
Amalan atau sikap ini dilakukannya dengan tujuan mencapai keredhaan Allah serta mengharapkan kemuliaan dan ketinggian yang telah dibayangkan oleh Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam di dalam sabda baginda:
“Allah tidak  menambah sifat maaf kepada seseorang hamba melainkan kemuliaan, dan tidaklah merendah diri seseorang kerana Allah melainkan Allah mengangkatnya.”
Ketinggian dan kemuliaan daripada Allah dikurniakan kepada Muslim yang pemaaf dan bertoleransi. Dia digolongkan di kalangan orang-orang yang berbuat baik dan budiman, yang mana disebut oleh Al Qur’an sebagai al-muhsinin. Kelak dia akan dimasukkan di kalangan orang-orang yang paling mulia dan dicintai Allah.
12.    Menemui sahabat-sahabat dengan muka berseri-seri.
Seorang Muslim mestilah murni batinnya dan suci jiwanya. Senyuman mestilah sentiasa menghiasi wajahnya, ramah mesra kata-katanya dan riang gembira tergambar di wajahnya. Dia tidak akan sanggup menemui sahabat-sahabatnya kecuali dengan gembira dan sentiasa tersenyum sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam dengan sabda baginda:
“Janganlah engkau meremeh-temehkan sesuatu kebaikan sekalipun hanya engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.”(Riwayat Muslim).
Senyum adalah satu akhlak mulia yang digalakkan oleh Islam dan satu daripada amalan salih. Ia juga merupakan satu amalan baik yang membawa pahala dan ganjaran kepada pelakunya. Sesungguhnya wajah yang berseri-seri dan jernih adalah cermin hati yang bersih.
Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam:
“Senyum di hadapan saudaramu adalah sedekah.”(Riwayat At-Tarmizi).
13.    Menasihati sahabat.
Muslim yang benar bertindak sebagai penasihat yang jujur kepada saudaranya. Dia tidak menipu dan mengkhianati mereka.
Sabda Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam :
“Din itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa? Baginda menjawab: Bagi Allah, kitabNya, RasulNya, pemimpin-pemimpin muslimin dan ummah muslimin.”(Riwayat Muslim).
Sabda baginda lagi :

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”.(Muttafaq alaihi).